Saturday 27 September 2014

SEJARAH KAMPUNG SUNGAI KERTAS


  • Penemuan dan pembukaan ini bermula sekitar Mei 1979 dimana ketika ini berupa perkampungan setinggan manakala perpindahan penduduk adalah berperingkat peringkat. Asalnya kawasan ini merupakan kawasan kebun sayur dan ternakan yang diusahakan olih kaum Cina. 
  • Aktiviti penduduk ketika itu adalah pertanian, pekerja kilang, swasta dan kerajaan. Secara purata adalah mereka yang berpendapatan kecil dan sederhana yang tidak mampu memiliki rumah persendirian. 
  • Keharmonian kehidupan ketika itu ialah semangat gotong royong membina kampung termasuk pembinaan jambatan, surau, dewan orang ramai, majlis perkahwinan dan kematian, amat menonjol dan membanggakan. Sikap ini timbul daripada kesusahan yang dialami mereka bagi mendapatkan hak milik tapak rumah persendirian. 
  • Setelah kemudahan bekalan air, letrik dan jalanraya seterusnya hakmilik individu dikurniakan, pertambahan penduduk telah meningkat sebagaimana sekarang.



No comments:

Post a Comment